10 Cara Untuk Menjadi Guru Yang Berkualiti

1.Keyakinan.
Sebagai seorang guru ,anda harus mempunyai keyakinan untuk memberi,mengubah,membentuk, mengasuh serta mendidik pelajar mengikut apa yang seperti yang di dasarkan oleh Pendidikan Semasa
2.Kesabaran.
Kesabaran adalah sifat terpenting dalam mendidik pelajar.Oleh kerana perkembangan dan persekitaran pelajar yang pelbagai memungkinkan pelajar membesar dengan pelbagai cara.dan untuk satukan semua dalam institusi pendidikan harusnya memiliki kesabaran yang mantap.
3.Penyayang.
Bila sebut tentang penyayang,tentukan kita tentang kasih dan melindungi.Mengasihi mereka dengan perasaan sayang yang jujur dan ikhlas akan dapat mendidik akal dan hati kita untuk memuliakan pelajar dan memimpin mereka ke jalan yang dikhendaki.
4.Memahami
Fleksibel dalam pengajaran, dengan tujuan supaya pelajar merasa kesamarataan dalam mendapat perhatian .Pelajar akan lebih terangsang sekiranya mereka merasakan guru dapat memahami dan memenuhi kehendak mereka.
5.Bijaksana.
Guru yang bijak akan dapat melontarkan idea yang dapat difahami oleh semua murid dalam kelasnya.Pengalaman dan pembacaan selalunya dapat membantu guru bijak menguruskan idea dalam bilik darjah.
6.Berdedikasi
Memandang sama kepada pelajar dan tidak mengkastakan pelajar.pelajar miskin atau kaya, atau baik atau nakal tidak di jurangkan sewaktu pengajaran di jalankan.
7.Pelindung
Guru yang baik dapat memberikan perlindungan emosi ,penyemarakkan potensi dan idea pelajar.Tak semua pelajar yang sentiasa positif dan berada dalam keadaan yang stabil.Dalam situasi ini guru yang berkualiti dapat mamantau dan menghilangkan emosi negatif agar pelajarnya merasa gembira dan ceria .
8.Kesungguhan
Kesungguhan dalam membantu pelajar tanpa mengira waktu ,masa dan penatlelah.mendahulukan pelajar sewaktu waktu persekolahan dan sentiasa mencari idea untuk membaiki prestasi pelajar terutamanya kepada pelajar yang lemah.
9.Membanggakan Pelajar.
Memberi penghargaan kepada pelajar, samaada dengan ucapan atau material akan dapat membentuk sikap untuk maju di kalangan pelajar.meraka akan berlumba lumba dalam pelajaran atau ko kurikulum untuk mendapat pujian dan sokongan dari guru atau rakan.
10.Cakna dan terkini
Kecaknaan terhadap murid dalam pengajaran atau kehidupan semasa perlu untuk guru kerana ini dapat memberikan input jangka panjang kepada pelajar dalam membentuk cita cita dan niat yang kuat.Guru yang berkualiti sentiasa dapat memberikan contoh kebanggaan semasa supaya pelajar merasakan mereka juga mampu untuk menjadi seperti yang di banggakan masyarakat.
sekian.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s