Petua Mencungkil kejayaan

Semua orang hendak berjaya, tak kira tua muda atau pon yang kurang upaya.Sudah menjadi naluri mahkluk ingin mengecapi sesuatu penarafan kepuasan dalam kehidupan.Namun sebagai yang berstatus pelajar ada kalanya kita wajib menyedari siapakah kita sendiri dan apakah tugasan wajib kita dikala kita berstatus pelajar sekolah.
Untuk mengunci niat dalam menetapkan keputusan “hendak jadi apa ” atau “Aku nak jadi apa” perlulah dikuatkan dengan elemen elemen disiplin yang tinggi dan juga menolak anasir anasir negatif dalam suasana kehidupan seharian. Usaha sahaja belum tentu menjadi kalau terlalu asyik memuatkan minda dengan pelbagai hiburan awam. Terlalu mengikuti rentak semasa juga boleh mengubah niat dan keazaman untuk berjaya dan terus berjaya.Bantulah diri sendiri dengan menanamkan azam yang kuat setermampu mungkin dalam mencapai kejayaan. Resipi kejayaan sudah di tangan anda semua..andalah yang mampu mengubah diri anda sendiri!……InsyaAllah Anda berjaya!

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas Untuk Guru Besar Baru SKC

Beliau adalah En Alias bin Said,berumur 52 tahun, Guru besar cemerlang yang bertukar dari SK Tok Randok.Memulakan tugasan secara rasmi hari ini 12-Januari – 2012 di SKC.Berpengalaman dalam pengurusan dan motivasi. Taklimat diadakan pada hari ini jam 1-15 petang berkisar tentang kisah dan pengalaman beliau menjadi guru dan guru besar.Tahniah dan ucapan selamat bertugas di tujukan kepada beliau ,semoga perubahan yang baik dapat di teruskan dan dimurnikan dengan sebaik mungkin supaya dapat memberi menafaat kepada warga SKC.

This slideshow requires JavaScript.

Jendela 2011

Lama sungguh cikgu tak update laman web sekolah,kerana memeriahkan Facebook SKChendering Comunity.Pada tahun ini juga satu peristiwa besar yang berlaku iaitu persaraan Tuan Besar En Ong Tian Chee Pada penghujung tahun 2011 baru baru ini.Sepanjang beliau menjadi gurubesar banyak idea dan halehwal sekolah dapat berjalan dengan lancar dan teratur.Dikenali dengan kemesraan dan mudah diajak berunding dalam berbagai keadaan dan masa sepanjang karier beliau sebagai Guru Besar SKC selama ini.Itulah yang cikgu dapat ceritakan sebagai langkah permulaan tahun ini bagi pemurnian semula laman / blog sekolah. Sekian

Petua Belajar Last Minit

Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.
Jangan Mencari Masaalah Baru
Masaalah akan tetap ada walaupun kita cuba elakkan.Elakkan dari mengunjungi laman sesawang sosial, melepak, berkumpul dan berbual kosong kerana ini akan menambahkan masaalah dalaman sosial yang akan mengurangkan tumpuan kepada pemusatan pembelajaran

Sketsa Kejayaan!

Bila Ada Orang Yang Mengatakan Anda Tak Boleh Lakukannya…

Anda Harus Melihat Dahulu Sekeliling,Dan Berfikir..

Membuat Penilaian Terbaik Setiap Peluang dan Laluan Yang Di Beri..

Penilaian dah Di Buat,MAJULAH Tanpa Menoleh Ke Belakang!

Gunakan Segala Kelebihan dan Kekuatan Yang Allah Kurniakan!

Musti Dengan Kesungguhan dan Kreatif!

Dan…Akhirnya Anda Akan Berjaya Serta Buktikan kata kata Orang Lain adalah Salah!

DAN INGATLAH…DI MANA ADA KEMAHUAN….DI SITU ADA JALAN….

Kisah Anak Solehah

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”. Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”. Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut” Jawab Jin Ifrit “Tidak”. Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya “Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?”. Pemuda itu merasa kehairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini” Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”. Nabi Sulaiman menghitung “. Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”. Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”. Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”. Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”. Nabi Sulaiman bertanya”Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu” Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”. Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya”. Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Persediaan Guru Sebelum Memulakan Pengajaran

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran. Antaranya ialah:

1. Mengenal diri.

Apabila kita menceburkan diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita. Kita sebagai seorang guru dan dalam kategori mana. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai istilah, seperti mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan lain-lain

Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris.

Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar.

Murabbi pula bermaksud mendidik. Iaitu mendik dengan perasaan kasih dan sayang. Walau pun perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara binatang dan pokok, tetapi apabila dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang. Pemakaian ini disentuh di dalam surah al-Isra ayat 24, di mana Allah mengajar manusia supaya berdoa kepada Allah agar Allah mengasihi ibu bapa kita seperti mana mereka mendidik dan mengasihi kita semasa kita kecil dahulu. Dalam istilah ini terangkum juga di dalamnya menasihat dan membimbing.

Muaddib bermaksud mengajar adab. Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak, sama ada bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada mendidik anak-anak supaya beradab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab, tanpa beradab ilmu menjadi tidak berkat. Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.

Dai`e bermakana orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan.

Raais bermaksud ketua atau pemimpin. Di dalam sekolah guru adalah ketua. Apa sahaja kata guru akan diikut oleh murid. Ketua yang berwibawa haruslah mempunyai beberapa kriteria supaya sesuai dengan tugasnya sebagai guru dan ketua. Antaranya, ilmu, perwatakan, ketokohan, kewibawaan, akhlak, sikap dan penghayatan Islam.

Nasih dari segi bahasa ialah penasihat atau orang yang memberi nasihat. Maksudnya di sini ialah kaunselor. Jadi guru haruslah menyediakan masa untuk mendengar masalah murid dan seteruskan memberi cadangan, bimbingan dan nasihat. Ia tidak terhad kepada hal-hal pelajaran sahaja, malah ia boleh juga mengenai hal-hal sikap, tujuan hidup, kerjaya dan sebagainya.

Sekarang, cuba renungkan. Kita berada dalam ketegori mana? Sepatutnya bukan satu. Semua nilai-nilai itu ada pada setiap orang guru. Dengan itu barulah pengajarannya memberi kesan yang baik, bukan sahaja dalam aspek kognitif, malah dalam psikomor, affektif dan perasaan.

2. Menguasai Ilmu

Dalam hal ini ilmu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Ilmu bidang, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu alat.

Ilmu Bidang ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang kita. Justeru guru agma mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.

Ilmu Fardhu Ain bukan berksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab.

Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

3. Mengenal murid. Ini termasuklah mengenal nama murid dan anak siapa. Adakah murid ini bermasalah sama ada dari segi kesihatan perangai dan lain-lain. Mengetahui tahap umurnya, mengenal ibu bapa, sosioekonomi, dan tujuan murid itu dihantar ke sekolah. Adakah untuk belajar atau memenuhkan masa, atau untuk mendapat sesuatu sahaja, bukan semua pelajaran yang ditetapkan dan sebagainya.

4. Mempunyai kepakaran pengurusan bilik darjah. Di dalam bilik darjah terdapat murid-murid dan benda-benda lain seperti kerusi, meja, papan tulis gambar dan lain-lain. Guru perlu tahu bagaiman hendak mengurus segala kelengkapan bilik darjah supaya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar dan nampak ceria dan kondusif. Bagaiman hendak mengawal kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ini termasuklah kedudukan murid di dalam kelas. Yang kecil, yang besar, yang degil, yang lemah, yang kurang pendengaran, yang kurang pengelihatan, dan lain-lain.

5. Menguasai kemahiran starategi pengajaran. Strategi pengajaran ada dua, iaitu Strategi Profesional dan Strategi Kasih Sayang. Strategi profesionl termasuklah merancang, memilih tajuk, menyusun fakta, menyusun langkah-langkah pengajaran, pembinaan soalan dan sebagainya. Manakala strategi kasih sayang ialah pendekatan sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak. Menolong, menasihat, bermesra dengan menggunakan bahasa isyarat dan body language setakat yang dibenarkan.

Tema Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Tema Hari Guru ;-
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Negara

(ENGLISH SECTION:Ten things Allah won’t ask)

1… Allah won’t ask what kind of car you drove; He’ll ask how many
people you drove who didn’t have transportation.

2…Allah won’t ask the square footage of your house, He’ll ask how
many people you welcomed into your home.

3…Allah won’t ask about the clothes you had in your closet, He’ll ask
how many you helped to clothe.

4… Allah won’t ask what your highest salary was; He’ll ask if you
compromised your character to obtain it.

5…Allah won’t ask what your job title was; He’ll ask if you performed
your job to the best of your ability.

6…Allah won’t ask how many friends you had, He’ll ask how many people
to whom you were a friend

7…Allah won’t ask in what neighborhood you lived, He’ll ask how you
treated your neighbors.

8…Allah won’t ask about the color of your skin, He’ll ask about the
content of your character.

9…Allah won’t ask why it took you so long to seek Salvation; He’ll
lovingly take you to your mansion in heaven, and not to the gates of
Hell.

10…Allah won’t ask how many people you forwarded this to; He’ll ask if
you were ashamed to pass it on to your friends.

Read Carefully
Happy moments, praise Allah.
Difficult moments, seek Allah.
Quiet moments, worship Allah.
Painful moments, trust Allah.
Every moment, thank Allah.

Tips Untuk Berkawan Lama…

1- Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti
anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan
mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai
persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk
anda.

2- Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku
baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka
diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang
lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3- Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap
orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan
menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci
persahabatan yang baik.

4- Hargai pendapat satu sama lain.

5- Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak
dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan
jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6- Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh
membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang
menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7- Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan
(stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik
akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada
mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk
melepaskan perasaan … dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan
mereka pula.

8- Belajar daripada satu sama lain.

9- Jangan mengata di belakang kawan anda.

10- Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda
tidak boleh menariknya kembali.